Telah tiada hari-hari kelabu
dan duri-duri melukakan
di telapak kaki seorang ayah
Segalanya terpisah setelah sekian lama
ayah berpenat lelah
membongkar dan menarik
rahsia dan ketakutan
yang sering membungkus harapku
Pergilah duka dan curiga
bersama tingginya mentari
yang teriknya tidak menggigit lagi
Ayah yang membesarkan aku
adalah anugerah maha esa
dan dia tak pernah mengeluh
biarpun di gelap malam
hari depan tetap kan terang
kerana ayah adalah semangat
yang sentiasa hidup
Kenapakah aku harus mengambil masa
untuk berterima kasih
atas kasih sayangnya
Hari ini baru aku jadi mengerti
Kegembiraanku atas keringat
dan susah payah ayah
dan pada hari ini
aku semakin terasa
kehilangan ayah.
dengarlah alfatihah untuk ayah http://www.youtube.com/watch?v=GfxDDgVTgF4
ReplyDeleteapa kata kat bawah sajak tu, tuliskan tarikh or at least tahun sajak tu ditulis, barula tau betapa ancient nyer...
ReplyDeleteapa2 pun, i'm proud of you, sis!
takde rekod. Nak tulis tarikh tahun berapa?
ReplyDeleterasanya sajak tu masa u belum kawin lagi. 1991? 1992?
ReplyDelete1990 kot.
ReplyDelete